Gourmand Cartel At Plaza VADS @TTDI - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Gourmand Cartel At Plaza VADS @TTDI

Trending

Gourmand Cartel At Plaza VADS @TTDI

Hi korang! Suka makan western food tak? Hari ni nak share salah sebuah kedai makan western di tempat makan Lecker TTDI. Lokasi tempat makan ni di M floor plaza VADS yang telah di buka pada Ogos 2016. Terdapat juga beberapa lagi kedai makanan lain kat sini untuk orang ramai makan. So harini, cuma nak share menu dari kedai Gourmand Cartel. Selain kedai di TTDI ni, dorang ada satu lagi kedai di area Damansara. Tak sempat lagi Kak Bell nak pergi ke sana. Mostly semua menu kat sini sedap dan Kak Bell paling suka Spaghetti Aglio Olio Seafood!


Kedai ni pun ok, tak adalah sendu kan. At least, pengunjung tengok pun rasa nak pergi cuba makan. Servis pun cepat dan semua makanan di masak upon request. So, boleh tengok dorang sediakan makanan yang dipesan. Dengar je bunyi loceng tu, maknanya dah siaplah tu pesanan korang! Kadang-kadang, siap hantarkan ke meja lagi.


Diantara menu yang Kak Bell dah cuba seperti Spaghetti Bolognese, Spaghetti Carbonara, Spaghetti Marinara, Spaghetti Aglio Olio Seafood, Spaghetti Aglio Olio Chicken, Grilled Chicken & Lamb. Portion pun banyak dan tidak mengecewakan. Yang penting kesemua menu sedap dan berbaloi untuk korang cuba!


Jom tengok di antara makanan di Gourmand Cartel ni. All pasta sekarang ni di jual pada harga RM8 dan Grilled Chicken pada harga RM10.

Spaghetti Aglio Olio Seafood

Spaghetti Carbonara


Spaghetti Marinara


Spaghetti Bolognese

Grilled Chicken


Mashed Potato



Satu lagi yang best kat sini, korang boleh dapatkan pasta percuma pada hari birthday korang! Just tunjuk je IC to redeem.



Ni gambar-gambar owner dan brother di Gourmand Cartel. Tersenyum manis semuanya. kalau nak berkenalan bolehlah pm yer. Pilih je yang mana, semua pandai masak. Hehe.





Bagi yang nak mencuba food kat sini, bolehlah datang ke alamat bawah ni ye. Nanti Kak Bell pergi melawat kat outlet Damansara pula ya. XOXO

Mezzanine Floor, Block Podium, Plaza Vads, 
Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post