Ikan Kembung Masak Asam - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Ikan Kembung Masak Asam

Trending

Ikan Kembung Masak Asam

Hi! Selamat berhujung minggu semua. Macam biasalah, kalau dah cuti ada sedikit masa, haruslah ke dapur memasak. Dan setiap kali nak masak tu lah asyik dok pikir nak masak apa. Nak masak yang susah2, memang tidak lah yer. So, harini nak share masakan Kak Bell siang tadi waktu luncheon. Actually, ada kawan kita ni cakap faveret dia makan ikan senangin masak asam. Kak Bell ikan senangin pun tak kenal. Tanya kat kedai bawah, habis semua jenis ikan pulak dia promote. Haha!. Akhirnya, kak Bell pakai ikan kembong aje. Next time kita pergi pancing ikan senangin yer!


Resepinya pun mudah je. Tak payah korang nak beria2 memasak. Tempoh memasak pun sekejap sahaja. Nak pakai ikan apa2 pun boleh. Jangan guna ikan dolphin sudah! Tengok bahan- bahannya yuk. Selamat memasak.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar/ holland (dimayang)
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji tomato
2 cili merah/ hijau
4 biji cili api (diketuk)
Garam, gula secukupnya
2-3 sudu besar minyak masak
Semangkuk air asam jawa
*pati asam jawa Adabi pun boleh


Tengok ni ha, orang sibuk nak photoshoot, nak juga si comel ni enterframe! 

Cara memasak:
1) Garam dan kunyitkan ikan kembung tadi, goreng masak lite2. Tak payah garing.
2) Kisar bawang merah, bawang putih, halia, sikit tomato & cili padi (ambil sikit dari potion asal).
3) Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai naik bau.
4) Masukkan cili merah/hijau, cili api dan tomato, kacau. Kemudian, masukkan air asam jawa. Biar mendidih.
5) Masukkan ikan, perasakan dengan gula dan garam.


Dah pun siap! Rasa mesti ada masam, masin manis lah. Bahan2 tu nak hiris halus semua pun ok. Takde sape nak larang sebab masuk perut korang jugak! Makan pulak nasi panas dikala hujan. Sedap sangatt! Yang penting, ikan senangin tak ada! K. Bye!





Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post