Hi korang semua! So, harini Kak Bell nak cerita tentang produk yang
iols dapat dalam 'Box of Joy' dari LAZADA. Semua barang- barang pun
memang menarik dan best! Korang boleh recap entri sebelum ni kat sini
>"Box of Joy" & Lazada Online Revolution 2016 Yang Meletop Pom!
Pom! Pom! Ni diantara barang-barang yang Kak Bell dah cuba, try, makan dan
gunakan lah. Let's check it out!
Nampak je barangan Tefal, terus tak sabar nak tengok apakah
barangnya. Tahu- tahu je yang Kak Bell ni suka memasak (felin2 je ni),
dapat pulak Manual Chopper Tefal, memang suka sangatlah! Balik je
rumah terus testing buat potong bawang.
Seriously, memang senang guna chopper ni. Nama pun manual, so tak
payah gunakan elektrik. 3,4 kali full tarik pemegang chopper ni, semua
bahan dah dikisar. 5 saat je uolss!
Tefal Manual Chopper
Untuk bahan yang agak keras, kena la tarik dalam beberapa kali. Lobak dan
timun ni, Kak Bell buat dalam 10 kali full pull. Not bad kan??
Buat korang yang suka memasak, memang iols sarankan pakai manual chopper
ni! Mudah dan senang. Elektrik pun jimat. Apa lagi, klik bawah kalau
berminat nak cuba yer.
Mostly semua produk makanan adalah sumbangan dari Nestle. Antaranya
ialah Nescafe, Maggi dan Susu UHT penuh krim. Jenama Nescafe memang
terkenal untuk produk minuman kopi. Dalam kotak misteri tu Kak Bell
dapat Nescafe White Coffee perisa pandan! Rasa macam makan kuih la pulak
sebab ada rasa pandan. Btw, its taste good!
Nescafe White Coffee Pandan Flavour
Bagi yang nak cuba, boleh beli online je di LAZADA. A good flavor from
Nescafe!
Produk makanan ni, memang tak payah citelah. Semua pun makan mee
segera! Tipulah, kalau korang tak penah makan Maggi kan! Makanan segera
nilah yang jadi teman baik masa kering kontang, ye tak? OatMee dari
Maggi ni merupakan 1st mee segera yang di buat daripada oat dengan
memperkenalkan "Goodness of fibre in 1 bowl of oats".
Actually, oatmee ni ialah mee kering (dry noodle). Tapi Kak Bell masak
je macam maggi berkuah biasa tu. Tambah syok letak telur, udang dan
sayur! Walaupun gunakan oat, rasanya pun tetap sedap, mee lebih lembut
dan tak kenyal macam maggi biasa yang dibuat dari tepung gandum
(wheat).
Kalau korang malas nak beli barangan dapur, Lazada boleh hantarkan OatMee
ni kat pintu rumah korang! Tengah promotion sekarang uolss! Cepat
borong..
Dalam box tu juga ada susu kotak UHT penuh krim Nestle Just Mik. Produk
tenusu ni, memang dah lama dikeluarkan oleh Nestle. Cuma ni merupakan
packaging terbaru dan re-branding kepada Nestle Just Milk! Bagi Kak Bell,
packaging terbaru ni nampak lebih vintage dari packaging lama. Nampak macam
produk baru di pasaran kan?? Bagi korang yang nak dapatkan susu UHT Nestle
Just Milk ni, boleh layari laman sesawang LAZADA Malaysia kay!
Nestle Just Milk
Last but not least, adalah produk penjagaan rambut dari L'oreal! Memang
happy giler lah dapat hair product. Nak rambut cantik dan sihat memang
kena banyak buat pelaburan kan! Produk yang Kak Bell dapat adalah
Nutrifier silicon-free shampoo, Nourishing Nythic Oil dan Dual Stylers
Techniart styling cream. Btw, untuk shampoo tu tidak dijual di laman
sesawang LAZADA. Harap maklum.
L'oreal Dual Styler Techniart & L'oreal Nourishing Mythic
Oil
#LZDMYRevolution #LazadaMY #BrandsforAll #OnlineRevolution2016
Terdapat beberapa jenis styling cream Dual Styler Techniart dari
L'OREAL Professionnel ni, but Kak Bell dapat 3 jenis perapi rambut
untuk rambut lurus smooth, volume dan curl. Cara guna, lepas mandi
letak 1,2 daps cream ni pada rambut, then blow-dry. Untuk rambut curl,
guna jari ramas2 kat rambut kerinting tu, then boleh keringkan guna
diffuser atau biar je kering naturally.
Kak Bell dah cuba Dual Styler Sleek & Swing. Krim rambut ni
boleh tahan 72 jam dengan anti-frizz protection! Produk lain pun ada
kegunaan lain macam anti-humidity protection (Liss & Pump-Up)
dan juga anti-fruffiness action (Dual Styler Bouncy & Tender). Bolehlah pilih ikut jenis dan kesesuaian rambut memasing.
Nourishing Mythic Oil ni
pula sesuai untuk semua jenis rambut. Tak kisahlah lurus ke, bengkang
bengkok ke, semua boleh pakai. Cuma yang botak tak de rambut jer kita
bagi pakai produk lain yerr! Btw, Nourishing Oil ni dibuat dari avacado
dan grape seed oil. Bau dia memang wangilah sangat! Really love it!
Seriously fall in love dgn produk2 dari L'oreal ni. Nak rambut
cantik tak? Kalau nak, klik shop now kay.
Apa lagi korang, jangan lepaskan peluang berbelanja sempena dengan
LAZADA Online Revolution ni. Semuanya ditawarkan dengan harga durian
runtuh! Semua sales ni masih berlangsung bermula 11.11.2016 sehingga 14.12.2016! Berbaloi untuk ringgit anda! Happy
shopping!
#LZDMYRevolution #LazadaMY #BrandsforAll #OnlineRevolution2016
Tags:
BrandsforAll
Dapatkan Barangan & Produk Kegemaran Anda di LAZADA Sempena Online Revolution 2016!
Event & Campaign
LazadaMY
LZDMYRevolution
OnlineRevolution2016