Hi korang! Tetibe teringin lak makan singgang ikan selar. Sepanjang
hidup, ni lah pertama kali buat singgang. Masa kecik2 dulu rajinlah makan
masakan ni. Kebetulan tak berapa nak sihat sebab batuk dan demam, jadi
sesuai sangatlah makan makanan yang tak berminyak dan berkuah. Kalau tak
nak letak kunyit pun boleh. Jadilah singgang putih aje. Ikan tu boleh je
pakai ikan kembong dan tambah bendi. Paling popular adalah singgang ikan
selar kuning. Ni resepi paling mudah dalam dunia kay. Campak- campak dan
biar je atas api. Kalau failed tak taulah iols nak cakap apa kat korang
kan!
Bahan A
3 ekor ikan selar kuning
2 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Air
Bahan B (bahan hiris)
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai (dititik)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji cili padi
Cara memasak:
1) Masukkan semua bahan-bahan hiris ke dalam periuk (tanpa tumis).
2) Masukkan air dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan garam dan asam keping.
3) Masukkan ikan dan kacau seketika.
4) Tambah yang mana kurang, dah sedap bolehlah tutup api.
TIPS
- Boleh juga gunakan serbuk kunyit. Tapi lebih sedap bila gunakan kunyit hidup.
- Boleh ganti cili api dengan cili merah, bukan cili kering.
Mudah sahaja kan cara masak singgang ikan selar. Makan dengan nasi panas
sambil hirup kuahnya memang sedap! Masam-masam manis gitu rasanya. Selera
sangat akak makan sampai tak tinggal kat orang belakang! Pedas pun
lite-lite je. Buat ibu-ibu lepas beranak konfem pernah makan ikan selar
singgang pantang ni. Bolehlah kalau kekasih hati korang sakit, masakkan
singgang ni tau. Selamat mencuba!