Hi semua! Baru hari ni iols nak post pasal pajeri terung ni ha. Selalunya makan kat kenduri kawin je. Lagi sedap kalo dapat pajeri nenas kan. Kaedahnya tekak dah teringin so cubalah buat pajeri ni. First time buat sebenarnya! Belek2 jugalah mana-mana resepi yang ada, tengok mana yang senang nak buat. Masa atas kuali tu, nampak warnanya macam tak menarik sangat, jadi iols tambahlah lagi sedikit kerisik dan gula merah. Hujung-hujung teros kontang jadinya! Tapi hasilnya, not bad. Sedap aje uols walaupun dah terlajak api dan kurang kuah. Tengok tu berlenang-lenang minyak tu ha! Anyways, ada je yang suka versi pajeri yang pekat. Kalo korang nak resepinya, boleh cuba ya.
Bahan A
2 biji terung panjang dipotong
1 paket kecil rempah kari daging/ikan
1 sudu kecil kerisik
2 sudu gula melaka
1/2 kotak santan
Sedikit air asam jawa
Sedikit air untuk kuah
Rempah tumis
(1 kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang,
2 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga cengkih)
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Segenggam udang kering
Cara memasak:
1) Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan udang kering.
2) Kemudian masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air), kacau rata cepat cepat.
3) Masukkan air asam jawa dan masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata.
4) Tambahkan garam, gula melaka, serta kerisik supaya kesemua sekali ramah dan mesra.
5) Akhir sekali, masukkan terung dan sedikit air agak-agak terung tenggelam sahaja.
6) Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Yang bawah ni versi dah tambah air. Al-maklumlah kontang sangat yang sebelum tu kurang air! Nasib baik rasanya masih maintain sama jek. Mission accomplished! K bye!