Simptom FIP Kucing (Feline Infectious Peritonitis) Virus Maut Pada Kucing - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Simptom FIP Kucing (Feline Infectious Peritonitis) Virus Maut Pada Kucing

Trending

Simptom FIP Kucing (Feline Infectious Peritonitis) Virus Maut Pada Kucing

Simptom FIP Kucing  (Feline Infectious Peritonitis) Virus Maut Pada Kucing | Hi korang! Hari ni kak bell just nak share sessi Q&A bersama Dr. Natrah pada interview slot Bersama Vet di Majalah Hai Meow. Ni pun kawan yang bagi, si model jelita Tyra. Bolehlah kita sama-sama kongsi dan ambil tahu mengenai simptom fip kucing dan tanda tanda FIP yang boleh menjangkiti si bulus kesayangan kita.


S1) Apakah Feline Infectious Peritonitis (FIP)?
FIP adalah satu penyakit virus daripada virus Corona (Coronavirus) yang bermutasi dalam badan kucing. Lazimnya virus corona ni hanyalah virus biasa yang menyebabkan kucing cirit ringan (diarrhea) apabila terkena FIP dan tidaklah mengakibatkan jangkitan yang fatal. Tetapi, 5% kucing yang dijangkiti virus tersebut boleh dijangkiti FIP apabila virus ini bermutasi di dalam badan atau sistem immuniti individu kucing tersebut bertindak balas secara abnormal pada virus ini.




S2) Mengikut kefahaman doktor, adakah virus FIP berpunca dari masalah kesihatan, jangkitan atau faktor persekitaran?
FIP bukanlah penyakit yang senang berjangkit seperti Parvo Virus. Namun, jangkitan boleh berpunca daripada immuniti badan yang lemah, genetik kucing tertentu terutamanya jangkitan ibu kepada anak kucing yang baru dilahirkan, dan paling kerap pada persekitaran yang banyak kucing. Semua kucing yang pernah dijangkiti virus Corona berisiko untuk mendapat FIP.

S3) Apakah tanda-tanda awal kucing itu dijangkiti FIP dan bagaimana virus tersebut didiagnosis?
Tanda tanda fip yang kerap dilihat di peringkat awal seperti masalah pernafasan, mata berair, cirit, dan juga lemah dan kerap sakit kerana immuniti badan yang menurun. FIP selalu terjadi pada kucing muda yang kurang dari 3 tahun namun ia juga boleh berlaku kepada kucing pelbagai usia.

FIP mempunyai dua jenis symptom, bentuk basah dan bentuk kering, yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
FIP Kering (Dry FIP) yang melibatkan masalah saraf dan sering dilihat pada anak kucing di bawah 6 bulan.
FIP basah (Wet FIP) yang menyebabkan busung air pada abdomen dan juga thorax. Penyakit FIP ini berlaku apabila virus bermutasi menyebabkan sistem immuniti badan memakan sel dan organ badan sendiri. Seterusnya menyebabkan radang tanpa kawalan di otak, saraf dan otot menyebakan masalah saraf dan otot. Manakala radang pada saluran usus dan sel-sel peparu boleh menyebabkan ‘leakage’ cecair badan bertakung di dalam ruangan abdomen atau thorax yang mengganggu pernafasan.


S4) Bagaimana virus FIP dirawat?
FIP boleh dikatakan membawa maut dan tiada penawar atau vaksin untuk fip. Apa yang doktor vet boleh lakukan selalunya memastikan keselesaan fizikal dan pernafasan pada kucing tersebut dan juga melengahkan tempoh perebakan mutasi virus di dalam badan kucing. Lazimnya rawatan simptomatik akan diberikan untuk melegakan symptom sementara.

S5) Adakah FIP mudah merebak ke kucing lain dan bagaimana untuk mencegahnya?
FIP bukanlah penyakit yang mudah berjangkit sebenarnya, Cuma ia lebih mudah menjangkiti kucing yang immunitinya lemah dan sering berlaku pada persekitaran kucing yang banyak, kerana risiko jangkitan virus corona sangat tinggi untuk populasi kucing yang banyak. Selalunya virus banyak dikeluarkan pada air liur (saliva) dan najis (cirit) bagi kucing yang telah terjangkit. Untuk pencegahan, asingkan kucing yang sakit dan pastikan tangan dan pakaian anda dibersihkan dahulu sebelum pegang kucing lain.

Bagaimana untk disinfek kawasan rumah/ perkakasan kucing untuk elakkan jangkitan penyakit pada kucing lain?


Antara tips mudah dgn menggunakan CLOROX/ BLEACH

a) 2 penutup penuh CLOROX + 1/2 baldi air.
b) Gunakan air bancuhan ini untuk mop lantai dan basuh perkakasan kucing anda, biarkan 10 minit 'contact time' dan bilas/basuh hingga yakin bersih dan tiada kesan clorox lagi.
c) Pastikan anda asingkan kucing, anda pakai selipar dan glove semasa melakukan disinfection untuk keselamatan diri.

Meow yang selalu escort time pergi & balik kerja. Kesian time ni anak dia mati kena langgar. Dalam hujan dia bawak anak dia kat Kak Bell. Sedih lah!

Kak Bell nampak di google, di Malaysia masih belum mempunyai vaksin untuk penyakit FIP ini. Di Thailand sudah memulakan vaksin FIP ini namun keberkesanannya masih rendah. Jika dirasakan tips ini bermanfaat, anda boleh kongsikan dengan semua untuk informasi bersama. Nak tahu lebih lanjut boleh visit website kat bawah ni kay!

www.ivetpetcare.com
FB I-Vet Petcare, Shah Alam

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post