Hi uols. Last 2 weeks, secara tiba-tiba anak2 bulus kak bell ni bergaduh
tak tentu pasal. Ada 3 ibu meow, Si Muezza, Cik Putih dan Lucy berantam
gila-gila. Sampai kak bell pun takut nak pergi leraikan. Btw, Cik Putih tu
anak Si Muezza, tetap tak nak bergaduh juga. Puncanya tak tahulah kenapa.
Apa yang memasing tak puas hati. Mungkin stress kot sebab semua dah
meningkat tua. Yang tak tahan tu, dua2 anak beranak ni together2 serang Cik
Lucy sebab Lucy memang orang luar dan dari dulu memang tak ngam dengan
Muezza. Tapi taklah sampai bercakaran.
Dah masuk 3 minggu pun tetap tak berbaik. Masing-masing tak boleh
bertembung. So kitten yang kecik2 lagi ni memang takutlah, habis terkencing
terberak merata2. Sabar je lah yer. Pada waktu yang sama, di hari kejadian
memang berniat nak bawak Lucy ke Vet sebab telinga bengkak (Hematoma). Usai
balik dari vet, Si Muezza masih tak makan minum dari pagi dan menyorok bawah
meja PC. Bila Kak Bell pergi tengok, nampak ada cairan keluar dari Miss-V dia. Memang menggelabahlah. Jadi gigih semula ke vet untuk diagnose dan
disahkan kena Pyometra. Bukan tu aje, anak Muezza, Cik Itam Pulak kena
bottom lip swollen. Memang dugaan sungguh lah hari tu. Semua anak-anak
sakit. Memang sedih sungguh la waktu ni.
Cik Lucy dah kene warded untuk operation. Vet advise, Muezza di sarankan
buat operation jugak sebab takut membahayakan nyawa dia. So Kak Bell
proceed je dengan operation, supaya dia boleh sihat semula. Sebelum2 ni,
memang dia agak diva sikit perangainya tapi tak adalah sampai nak
bercakaran. Sebelum ni pun dah 3X beranak, dan Kak Bell dah buat keputusan
untuk neuter kan bapaknya Si Sky sebab dah ramai sangat anak-anak. So
bermulalah episod pyometra ni. Korang follow baca ek.
Pitam bil anak-anak
Apa Itu Pyometra Kucing?
Pyometra adalah jangkitan pada uterus kucing betina dan merupakan
jangkitan sekunder disebabkan oleh masalah perubahan hormon yang abnormal
pada salur peranakan kucing.
Penyebab/Punca Pyometra Terjadi
Di antara penyebab dan puncanya pyometra kucing terjadi adalah seperti berikut:
1) Jangkitan bakteria karena adanya luka/trauma fisik pada rahim yang
menyebabkan bernanah.
2) Ketidakstabilan hormon akibat pemberian suntikan KB (progesteron)
secara terus-menerus dan melebihi dos.
3) Terdapat sisa fetus (anak) yang sudah mati masih tertinggal di dalam
rahim (uterus)
Penyakit ini boleh terjadi pada kucing betina yang masih produktif dan
belum disteril/spay tak kira pada peringkat umur, sama ada kucing muda
atau pada pertengahan umur. Tapi kebiasaannya, lebih biasa terjadi pada
kucing yag lebih tua. Dalam kes Muezza, vet cakap di sebabkan masalah
hormon. Patutlah dia kurus je sebab kak bell pun tak tahu dia sakit
sampailah kita perasan gejala tu. Pyometra ni memang penyakit yang serius
dan boleh mengancam nyawa kucing kesayangan kita. Jadi Kak Bell, terima
saranan doctor untuk buat surgeri buang rahim yang telah dijangkiti
tu.
Ianya terjadi, apabila kitar heat kucing berakhir (menstruasi) dan tidak
diikuti dengan pembuahan (pregnant). 2 jenis jenis hormon estrogen dan
progesteron dihasilkan oleh rahim kucing. Semasa on heat, level hormon
progesteron akan meningkat dan menebal pada dinding rahim kucing (thicken
in preparation for pregnancy). Bila tak pregnant, dinding uterus akan
terus menebal dan menghasilkan cyst. Bacteria then take advantage of the
situation dan menyebabkan rahim kucing akan bernanah. Pyometra biasanya
berlaku selepas 2-8 minggu selepas kitar on-heat.
Jenis-Jenis Dan Tanda-Tanda Klinikal Pyometra Pada Kucing
Pyometra Terbuka (Open Pyometra)
Pyometra Tertutup (Closed Pyometra)
Nanah/cairan masih dapat keluar dari uterus melalui bahagian kencing kucing. Lebih
mudah diubati. Gejala seperti demam, lethargy, anorexia, dan depresi boleh
berlaku dan sebaliknya.
Nanah/cairan tidak dapat keluar dari uterus. Sangat bahaya, disebabkan
toksin dari bakteria berkumpul dalam badan dan akan circulate dalam badan
kucing. Jumlah cairan yang berlebihan boleh menyebabkan rahim kucing pecah
dan menyebabkan kematian. Di antara gejalanya seperti :anorectic (loss
appetite/aneroxia), very listless (tak bermaya), depresi, muntah dan cirit
birit.
Toxins yang dihasilkan oleh bekteria tersebut akan beri kesan pada fungsi
ginjal dan kucing akan minum air yang berlebihan dan akan
meningkatkan kepada penghasilan urin (air kencing). Ianya berlaku pada
pyometra terbuka dan juga pyometra tertutup.
Ni diantara gambar Muezza selepas surgeri. Kesian bila tengok. Better
pakaikan Elizebeth Collar untuk elakkan kucing menjilat bahagian luka.
Tapi si Muezza ni dalam tak larat tu, tetap gigih bangun nak tanggalkan
kolar tu. Tak selesa kan!
Kesan ubat bius pun masih ada lagi, jadi bila dah bangun tu terus terbaring
dan tidur sebab masih tak larat. Sekejap je, lepas datang jenguk balik dah
tercabut kolar tu.
Rawatan Pyometra Kucing
Di antara rawatan untuk Pyometra kucing adalah seperti di bawah:
1) Fluid therapy (infus)
2) Tindakan pembedahan (ovariohisterektomi), surgeri untuk buang rahim
& ovari
3) Pemberian antibiotik serta antihistamin
4) Pemberian hormon prostaglandin atau oxytocin untuk merangsang
pengeluaran nanah
1) Jangan melakukan suntikan KB (progesteron) secara terus-menerus dan
melebihi dos
2) Jangan kawinkan kucing antara ras kecil dengan ras besar (mengawan
dengan kucing yang sebaya)
Kalau dah nampak tanda2 awal dan gejala yang berkaitan, teruslah bawak
kucing korang jumpa vet. Nasib baiklah kucing kak bell ni kena open
pyometra. Kalau tak sampai sudah tak dapat nak agak dia sakit.
Tapi kalau dah nak kena jangkitan, kena jugaklah. Kita sekadar merancang
dan mencegah. So far alhamdulillah, Muezza pun dah beransur pulih. Tapi
kekecohan kat rumah ni masih tak boleh nak kawal. Masih bergaduh lagi.
Sampai maknya pulak terkencing terberak bila kena sergah dengan anak
sendiri, Cik Putih. Stress fikir macam mana nak buat. Nanti Kak Bell
sambung citer penyakit anak2 yang lain pulak ye. Dah musim semua kena
sakit. Hope dapat ambil pengalaman sikit sebanyak kan. K Bye.
Sumber:
http://www.vcahospitals.com/http://www.petmd.com/