Hi korang! Ahad lepas Kak Bell join budak2 opis piknik di Sungai Chilling. Kebetulan dah lama tak pergi beriadah, so terus on sajalah join dorang sesambil meluangkan masa bersantai dan menikmati ketenangan alam semulajadi gittew. Sungai Chilling ni dikenali sebagai Santuari Ikan Sungai Chiling (Sungai Chilling Fish Sanctuary) yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan lalui jalan yang sama jika nak ke Fraser Hills.
We olss mulakan perjalanan dari Bandar Puteri Puchong ke Kuala Kubu Bharu pada jam 8 pagi dan perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam. Kitaorang ikut highway je lebih mudah. Sebelum sampai ke destinasi, sempat singgah kejap di Empangan Sungai Selangor untuk pose2 manja. Kebiasaanya, memang ramai pengunjung berhenti kat sini sebelum terus ke Sg. Chilling.
Selangor Water Dam
Nanti korang akan jumpa jambatan besi dan kat sebelah kanan akan nampak entrance terpampang Santuari Ikan Sungai Chiling. Kereta parkir di sepanjang tepi jalan je dan make sure korang parkir kereta secara selamat yer!
Dari pintu gerbang, kena jalan sikitlah masuk ke dalam lebih kurang 10 minit kot sebelum sampai ke kaunter pendaftaran dan camp site. Patah bahu jugalah yer sebab mengangkut barang2 piknik. Semua kena angkut sendiri, jangan nak fefelin ada porter nak tolong angkatkan barang kay!
Kaunter Pendaftaran
Bayaran masuk RM1 tiap seorang dan RM10 untuk yang nak berkhemah/bermalam kat sini. Kemudahan tandas, surau dan juga gerai makanan turut di sediakan di sini. But, toilet limited. Kena beratur sangat lama yer tunggu turn. Tandasnya ok, paham2 je lah kat camp site. Mungkin pihak pengurusan boleh tambah lagi kemudahan tandas dan baiki kerosakan2 yang ada! Flush rosak!
Waktu Operasi
Kitaorang port kat kawasan berdekatan dengan entrance je (camp site area). Kawasan tu memang sesuai untuk famili dan kanak2 untuk mandi manda sebab air sungainya yang tenang dan selamat. Tanpa berlengah, kaum2 ibu dan gadis2 sediakan makanan lah. Siap bawak dapur yer untuk memasak! Dalam tengah hari sikit, camp site pun dah penuh dengan pengunjung. Bagi yang nak piknik or bercamping, better datang awal lah ye.
Camp site area
Haha..Macam kat rumah dah!
Chef Jemputan
Mostly semua yang join harini tak nak hiking ke kawasan air terjun. Rasa rugilah pulak, dah sampai tapi setakat rendam2 kaki di gigi air je kan. Hujung2 3 orang je yang nak trekking sampai ke air terjun. Over tau kak bell time ni ajak dorang naik! Haha! Sebelum naik, korang kena daftar dulu di kaunter. Selepas jam 3 petang dah tak dibenarkan mendaki ke lokasi air terjun bagi mengelakkan sebarang risiko.
Lintasan 1 (1st river crossing)
Maksimum 4 orang je pada satu2 masa
Trekking track
Sebelum sampai ke puncak kena melalui 6 lintasan sungai dan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Di nasihatkan pakai pakaian yang sesuai dan pakai kasut sebab akan lalui muddy track, kawasan licin dan melintas sungai. Btw, kitaorang pakai selipar je sebab tak plan nak mendaki kan! Cuaca sangatla terik yer!
Lintasan ke-2
Dah naik pening tengok mana satu lintasan2 yang seterusnya. Btw, untuk laluan ni boleh pilih samaada nak lalui titi balak ni ataupun meredah sungai. Nampak je macam biasa dan tak mencabar kan? Actually gayat juga bila nak meniti. Ada je budak2 ni yang takut nak melintas. Kat seberang bukan main teasing kawan sendiri..hujung2 kak bell tengok dia sendiri pun kecut nak meniti. Macam rancangan fear factor pulak, over sangat nervousnya!
Akhirnya meredah sungai sebab gayat! Sabarlah ye..
So far perjalanan dan cuaca hari tu ok. Paras air pun paras paha je. Kalo musim hujan, agak bahaya sebab air sungai boleh mencecah ke paras badan dan arus kuat especially di lintasan ke-6 sebab sungainya agak dalam.
Ikan Kelah
Meriah anak2 ikan! |
Setelah trekking selama 55 minit, kitaorang sampai di air terjun Sungai Chilling. Terasa puas, akhirnya sampai gak kat sini. Duduk menyejukkan badan dalam 15 minit je.. nak mandi manda pun orang ramai sangat.
Nah TIPS untuk korang:
- Jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta
- Tidak dibenarkan mendaki ke lokasi air terjun selepas jam 3 petang
- Tidak boleh memasak ataupun BBQ di kawasan air terjun except di camp site
- Bawa pakaian extra sebab memang akan basah bila redah sungai (river crossings)
- Pakai kasut yang sesuai
- Jangan lupa bawa drybag (beg kalis air) untuk simpan barang2 berharga
- Ikut laluan yang disediakan dan jangan melintas sungai semasa hujan sebab paras air akan naik dan 'kepala air' akan terjadi
- Dilarang menangkap, memancing dan membawa keluar ikan-ikan kelah yang dilindungi.
- Tidak dibenarkan membuang sampah
Terus sambung dengan aktiviti berendam pulak. Btw, best jugak Sungai Chilling ni. Thanks pada yang invite kak bell join skali aktiviti korang. Nanti kita pergi daki Gunung Everest pulak yer. K. Bye.
Tags:
Chilling At Chilling Waterfalls
Piknik Di Sungai Chilling
Sungai Chilling Fish Sanctuary
Travel