Hi Korang! Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-59 buat semua! Btw, tema tahun ni sama seperti tahun lepas 'Sehati Sejiwa' dan logo serta lagu sambutan pun tetap di kekalkan sebagai memupuk semangat bersatu-padu, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan di kalangan rakyat Malaysia. So kaedahnya nak hapdate pasal Merdeka Day Promotion je pun. Terpengaruh jugak akhirnya kay sebab nak makan makanan diskaun kan! Sempat pergi serbu Ayamas dan Secret Recipe aje pown! Ujung2 g serbu 7eleven. Nampak tak sesi menghabiskan duit sgt!
Sampai je Ayamas tengok.dah ramai yang beratur. Memasing nak beli ayam murah kan. Lariss yer.
So promotion 2 whole chicken ni memang berbaloi. But limited 2 ekor jer per person. Kalau nak beli satu reban, kena bawalah sahabat handai semua yer. Jangan nak eching2 potong que ek! Penat berdiri tau.
Btw, kesian sangat kak akak ni..dah hampir ke garisan penamat dah. Tup2 akak ni pengsan. Nasib baik ada abg2 perkasa dan kakak2 PBSM beri bantuan. Semuanya ok sebab akak tu pun sekejap je dah pulih. Lama sangat berdiri kot! Mesti dari pagi tak makan sebab nak makan Ayamas.
Gigihlah memasing order like tiada lagi ayam tu besok2. Korang tengok ni ha, guna voucher je sampai 1k. Kelass kau jah! Buat kenduri kendara gamaknya.
Gigih! Tq kak
Beli banyak ni je pun. Murah kot RM31.80 sajork. Ujung2 2 ketul ayam je makan. Btw, staff ayamas tetap ramah dan tersenyum menjalankan tugas kay! Layanan pun bagus je.
Tidak berakhir di situ sahaja yer..terus menggigihkan diri ke Secret Recipe lak.
Sama je keadaannya, selagi boleh muat meh beratur ramai2 yer!
Selling cakes
Pilihlah ikut pilihan hati
Tak koserlah nak borong banyak2. Cukuplah dapat merasa Creme Cheese Brule dan Chocolate Cheese Blueberry. Memang sedaplah uols kek secret recipe ni.
Serbu 2 kedai je pown dah penat. Dalam hati nak makan Boat Noodles lah, Teh Tarik Place lah. Mana tak gajah badan nanti kan! So weols akan datang merdeka tahun depan pulak ye. K bye!