Aktiviti hari ke-2
Untuk hari ni, kitaorang buat aktiviti Rapid Shooting aka aktiviti main air dan juga melawat kampung orang asli (Aborigine Setttlement). Sebelum bermula kena meniti dulu ke restoren terapung ni untuk pergi ke tempat bot. Rapid shooting ni merupakan aktiviti meredah kawasan jeram di Sungai Tembeling dengan menggunakan bot kayu. Biasa2 je pown..tak adalah extreme sangat. Tapi takut jugalah kalo bot tu terbalik kan. Nanti tak pasal2 ramai pulak yang bertukar jadi ikan duyung satgi! Btw, tak banyak gambar untuk aktiviti ni sebab takut kamera terkena air! So, nak selamat letak semua barang2 dalam beg plastik yer..
Sg Tembeling
Miss Earth membasahkan rambut
Skuad renang berirama Pahang!
Miss Shasha ni from Germany dan join skali aktiviti kitaorang hari ni. Siap dimekapkan lagi guna batu sungai. Natural make up gittew.
Guna batu sungai je uols!
Miss Sasha bekas model of the year
Dah habis aktiviti rapid shooting, terus untuk aktiviti seterusnya melawat perkampungan orang asli. Terdapat 2 etnik kat sini iaitu Orang Asli Batek dan Semokberi. Diorang ni masih lagi hidup secara nomad. Di jelaskan, jika ada sesiapa yang mati or meninggal, mereka akan cari penempatan baru. Kebanyakkan mereka masih lagi malu dan duduk dalam rumah je bila pengunjung datang.
Meh main dengan kakak jom!
Ni kitaorang punya traveler sepanjang di Taman Negara, Abang Badang. Nama seperti tuannya ya. Gadis2 suka tak?? Haha. Orang Asli Batek tunjukkan demonstrasi ikhtiar hidup seperti Firelighting dan Blowpiping.
Dah dengar penerangan dan tengok demonstrasi, boleh pulak ada acara menyumpit. Semua diva2 try ek. Btw, tak sangka la pulak kak bell di mahkotakan sebagai ratu sumpit! Pitam hokay! Actually jauh jugak target sasaran sumpit tu and iols main sumpit je kot. Haha. So sebagai cenderahati i berjaya menyumpit, dapatlah satu sumpit kecil dari puak Batek. Hihi.
Ratu Sumpit katanya!
Mata sumpit
Kat bawah ni, cara-cara menghidupkan api (Firelighting). Bukan semua kayu boleh digunakan untuk nyalakan api tu. Tak silap kak bell, dorang gunakan kayu gabus. Bolehlah korang try nanti kalau dah tak ada api kat rumah tu ek!
Calon Miss Tourism 2012
Habis dah sesi aktiviti untuk hari ke-2. So kitaorang balik berehat dan bersiap untuk makan malam.
Untuk malam tu, kitaorang di sajikan dengan masakan pahang. Of course la tempoyak ikan patin. Memang faveret sangat ikan patin tempoyak ni. Tapi ada gak diva yang tak makan ikan patin. Rugi tau uols tak rasa!
Menghiburkan para tetamu!
Malam ni, tetiba pulak area Kuala Tahan ni tak ada elektrik. Ko bayangkanlah tak boleh nak tido dengan keadaan panas, gelap gelita dalam hutan dan seharusnya dengan nyamuk dan serangga yang tak kunjung tiba. Lama pulak tu, sampai keesokan harinya! Memang sadis sangat malam ni yer. Akak dah penat. Sambung nanti pulak yer..