Hi Korang! Kali ni, kak bell nak throwback trip ke Taman Negara, Pahang. Kaedahnya dah lama datang sini dalam tahun 2012. So ingat2 lupa lah kejadian waktu tu. Just sharing sedikit experiences dan pengalaman kat sana. Kekononnya nak stress-free, so plan buat aktiviti riadah kat sini sebab dah jemu dok menghadap hutan batu je kan! Masa ni, bersama dengan arwah Dina. Al-fatihah buat sahabat ku!
Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang ni terletak dalam kawasan hutan hujan tropika di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Setiap negeri, masing-masing memiliki kawasan milik sendirilah. Dari bandar Jerantut, korang boleh naik pengangkutan awam bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling (16km dari bandar Jerantut). Daripada Jeti Kuala Tembeling, menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling ambil masa lebih kurang 2 1/2 ke 3 jam untuk sampai ke Kuala Tahan. Masa tu kitaorang pergi naik kereta sendiri je. So melalui jalan darat perjalanan sejauh 68 km dan ambil masa kira-kira 1 jam 15minit dari Jerantut. Mana-mana diva yang tak pernah masuk kawasan ni, memang terkesima lah sebab mostly kena melalui hutan ke dalam dan ladang kelapa sawit. Iols memang dah tak heran sebab memang membesar kat sini! Akhirnya sampai juga kat Kuala Tahan, tambah sesat segala kay.
Di antara tarikan di Taman Negara, korang boleh mendaki Gunang Tahan (2187M peak from above sea) selain laluan kanopi, Gua Telinga dan Lata Berkoh. Bolehlah nanti korang tengok haiwan yang semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Selain tu, bolehlah korang feling2 foreigner kat sini. Menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, merentas hutan mahupun menikmati pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan (kawasan habitat kepada Ikan Kelah).
Woodland Resort
Anak2 pulang petang
Kitaorang berada di Taman Negara selama 3 hari 2 malam bermula dari 14 April 2012 dan ambil pakej penginapan & aktiviti dengan Woodland Resort. Sekarang dorang dah re-brand nama jadi Xcape Resort. Kitaorang cuma menginap di Hostel (Shared Dormitory) dengan 4 bed sharing dgn air conditioned. Woodland Resort ni hotel 2 bintang. Kalau nak yang lebih bagus bolehlah menginap kat sebelah Taman Negara tapi mahal sikit lah. Untuk Xcape Resort Room Rates (Rates Per Room Per Night) boleh rujuk sini kay > Xcape Resort Room Rates. Harga ni valid till 31st March 2016. Iols tak recomended sangat hostel ni sebab agak jauh dan dijanjikan heater/cerek untuk masak air panas tapi sampai ke sudah tak ada dengan pelbagai alasan. La ni bila check semula review memang banyak negatif feedback dari pengunjung. So better, korang cari yang lebih baiklah di samping pakej2 aktiviti yang korang nak.
Ceria sebelum bermula cabaran
Ni di antara aktiviti dalam pakej kitaorang. Sebenarnya ada lagi aktiviti lain tapi disebabkan time tu ada banyak renovation so banyak tempat dan aktiviti yang tak boleh buat macam pergi Kelah Sanctuary. Fyi, semua pengunjung mesti dapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara ye.
Day 1 Sightseeing & Night Walking
Day 2 Rapid Shooting & Visiting Orang Asli
Day 3 Jungle trekking & canopy Walkaway
Ni selingan ajelah..TIPS! NAK MASUK HUTAN
1. Bawa barang yang diperlukan saja. Sebab nak masuk hutan kan. Kaedahnya lah korang nak bawak semua barang. Bawa beg kecil dan letak benda2 perlu saje
2. Pakai pakaian tertutup yang sesuai dengan keadaan. Elok la pakai baju n seluar panjang sebab banyak serangga dan binatang bisa. Kalau rasa nak jugak tunjuk kaki uol yang cantik tu pakai jewla short pants. Hujung2 jgn nak komplen gatai sana sini kay. Akak hempuk kepala korang yer!
3. Pakai Krim anti nyamuk/Serai Wangi
Of course la kena pakai. Dah la nyamuk hutan saiz gergasi tau! Tak cakap la berkesan 100%. Adatla masuk hutan ye tak? Btw, korang tak payah gigih sangat nak pakai parfum, sebab bau manis tu akan tarik perhatian serangga2 hutan. Kalau nak tetap wangi sepanjang masa, pakai jewlah nak oii!
4. Berjalan di laluan seharusnya/berkumpulan
Ni kena take note! Ikut jewla instructor/traveler korang atas faktor keselamatan. Takut tersasar jew kan
5. Jaga kebersihan/adab dalam hutan
Simpan segala sampah dan elak buang sampah sembarangan. Untuk adab tu behave yer jgn nak bersiul or melalak2 dalam hutan. Bukan kita je ada dalam hutan tu tau! Jangan celupar lah kata orang ek!
6. Pakai pakaian gelap jika mengamati haiwan
Pakai pakaian gelap atau warna yang sama dengan sekitar. Nak pakai baju lip2 pun boleh. Nanti datangla cik rimau sebab cantik sangat! Hiks
Nak citer pun dah lupa. Sel2 otak dah tak bersambung. Korang layan gambar jewla ek
Restoren Terapung
Bermulalah aktiviti Night Jungle Walk. Sepanjang jalan tu, kalau bernasib baik dapatlah tengok macam2 jenis haiwan. Malam tu, kami dapat tengok cik gajah yang sangatlah besar yer! Memang besar..nanti korang cek kat entri lepas ni, iols letakkan gambar tapak kaki dia.
Tapir
Kami singgah di Bumbun Tahan (Tahan Hide) untuk tengok haiwan liar salt licking kat sini. Malam tu cuma dapat tengok reindeer je. Haiwan liar ni makan garam kat sini untuk mineral nutrient supplies. Kalau bernasib baik, bolehla jumpa harimau malaya!
Bumbun Tahan
Habis aktiviti untuk 1st day. Sorry lah tak dapat nak cite lebih lanjut sebab dah lupa. Yang iol tahu lepas ni memasing tidur kepenatan bertemankan nyamuk! Nyenyak ke tidak tidur tu??!
Next > Taman Negara National Park, Pahang Trip - Day 2 (Rapid Shooting & Visiting Orang Asli)