Penjagaan Selepas Mandulkan Kucing, Kucing Tak Berak Selepas Mandul?
| Sebelum ni memang Kak Bell tak pernah spay atau neuterkan kucing. Memula
tu sebab nak biarkan dorang merasa mengawan dan beranak. Tapi bila dah aktif
sangat beranak-pinak, memang perlulah langkah pemandulan dilakukan.
Pengalaman kucing betina terkena jangkitan pada uterus dan anak jantan yang
asyik nak mengawan antara punca langkah pemandulan dibuat. Sakit telinga yer
bila dorang ni dok menyahut-nyahut macam serigala! Panjat sana sini sebab
nak keluar rumah mengawan dan macam-macam lah! Memang bikin suasana ribut!
Jadi, kenalah jumpa doktor haiwan untuk sunatkan bebudak ni.
Muezza melawat Sky. Anak dia Cik Hitam dok tengok je dari jauh
sebab
pelik tengok bapak dia mamai
Dengan melakukan proses pemandulan kucing perliharaan, dapatlah kita
kawal kadar masalah homelessness pet dan semestinya juga terdapat
kebaikan dari segi kesihatan dan behaviour kucing kesayangan kita.
Perbezaan Spay Bagi Kucing Betina, Neuter Kucing Jantan
Kebanyakan kucing hanya alami satu pembedahan dalam hidupnya iaitu jika
bernasib baik akan dikasikan atau dimandulkan sahaja. Pelbagai kajian
telah membuktikan bahawa kucing yang dimandulkan adalah lebih sihat dan
mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dibandingkan kucing lain.
Actually istilah spay atau neuter tu sama sahaja maksudnya iaitu nak
mandulkan kucing. Perbezaan spay bagi kucing betina, neuter kucing jantan
adalah beza panggilannya sahaja untuk istilah kucing
dimandulkan atau sunat pada kucing jantan dan betina.
Spay ialah pemandulan dimana surgeri akan dilakukan dengan membuang
uterus, salur fallapio dan ovari kucing betina.
NEUTER
Neuter pula pembedahan bagi kucing jantan dengan membuang kedua-dua
buah zakar (testis).
Medical benefit pemandulan seperti:- Kucing akan hidup lebih lama/usia panjang. Bagi kucing betina, dapat elakkan masalah jangkitan uterus dan juga breast tumor. Waktu terbaik adalah sebelum kitar on heat yang pertama.
- Bagi kucing jantan pula dapat elakkan masalah kanser prostat dan testikel kanser.
- Kucing betina setelah spayed tak akan on heat dan kucing jantan akan behave dari memekik-mekik nak mengawan dan mengurangkan masalah penandaan kawasan (territory marking) dan sifat agresif kucing yang bergaduh dengan kucing lain. Bau tengik dan hancing air kencing akan hilang (kesan hormon testosteron).
Haha, pishball Sky!
Biasanya kebanyakkan kita akan salah konsep dan percaya terhadap myths
selepas spay/neuter, kucing akan overweight dan semua masalah berkaitan
behaviour kucing akan selesai. Overfeeding dan tak excercise sebenarnya
yang akan menyebabkan kucing korang gemuk. Asyik makan tidur je kita pun
boleh overweight kan! Dan tak semua perangai kucing akan totally fixed
sebab ianya berkaitan dengan pet individual personaliti dan juga fisiologi
kucing tersebut.
Korang boleh mula spay atau neuter kucing (mandul kucing) kesayangan seawal
umur 8 minggu. Penjagaan selepas pemandulan bagi kucing jantan lebih mudah
berbanding dengan kucing betina. Masa Sky lepas neuter, selepas dimandulkan
dia masih tak sedar. Mata je terbuka. Kesian tengok time tu. Dah terjaga,
muntah-muntah dan terkencing. Walaupun masih blur tetap nak manja naik atas
katil. Lepas letak dalam sangkar, dia duduk je dalam keadaan mabuk dan tak
stabil. Bila dah completely sedar dan stabil, bolehla korang keluarkan anak
korang dari sangkar kay. Bukan apa, takut kencing dan muntah merata
je.
Habis semua tingkap dia panjat!
Cara Penjagaan Kucing Selepas Dimandulkan
Cara penjagaan kucing selepas dimandulkan taklah susah sangat, tetapi
penjagaan kucing jantan dan betina tak sama. Cara jaga kucing jantan
selepas dimandulkan lebih mudah sebab operate bahagian luar dan buang
testis sahaja.
- Minimum puasa selama 4 jam, jangan bagi makan dan minum.
- Hantar kucing pada waktu pagi dan boleh ambil pada petang hari yang sama *bergantung pada vet.
Penjagaan Selepas Pemandulan
- Kesan bius akan bertahan dalam tempoh 14 jam. Dalam beberapa jam, kucing akan bangun. Keadaan mamai dan mabuk adalah normal.
- Mata kucing akan terbuka selepas bius/pemandulan adalah normal dan tiada ubat yang perlu di bawa balik.
- Kucing akan bangun seperti biasa selepas kesan bius selepas pembedahan habis.
- Rehatkan dalam sangkar dan monitor pernafasan dorang.
- Better letak di tempat yang tiada gangguan untuk mengelakkan kucing stress.
- Sesetengah kucing akan termuntah lepas kesan bius.
- Terberak atau terkencing sendiri tanpa sedar adalah normal.
- Sediakan makanan dan minuman dalam kuantiti yang sedikit. Jangan paksa makan dan minum dan biarkan kucing makan sendiri. Monitor untuk mengelakkan kucing tercekik jika kesan bius masih ada.
- Kucing tidak boleh mandi dalam tempoh 14 hari selepas pemandulan
- Untuk elak kucing (female cat) menjilat incision site, boleh pakaikan Elizabathen collar bagi elakkan jangkitan.*untuk kucing betina, jahitan akan kering dan terbuka sendiri dalam masa 1 atau 2 minggu. Pastikan luka jahitan kering (proper healing).
- Jika ada masalah atau infection, bawa semula ke vet.
Kajian menunjukkan bahawa kucing yang telah dimandulkan cenderung
untuk tidak makan dan minum secara normal dalam tempoh 48 jam selepas
dimandulkan. Untuk kucing peliharaan yang dimandulkan boleh diberi diet khusus,
diet khas seperti Royal Canin® FHN Sterilised yang disediakan khas
untuk tujuan mengawal berat badan kucing peliharaan selepas
mandul.
Kucing Tak Berak Selepas Mandul?
Kucing yang baru dimandulkan kena jaga tempat dia buang najis tidak
boleh pakai pasir sebab takut infection atau pasir melekat pada kesan
surgeri. Boleh gantikan pasir dia dgn surat khabar buat sementara
waktu. Memang akan ada kucing tak berak selepas mandul disebabkan tak
biasa dan tak selesa dengan kertas atau mungkin kucing ada isu lain.
Korang boleh perhatikan lagi untuk 1-2 hari. Kalau dia makan seperti
biasa dan masih tak berak, kemungkinan kucing ni sembelit. Cuba ganti
balik gunakan pasir atau litter biasa yang kucing pakai. Biasa bila
tukar kembali kepada pasir kucing atau litter yang biasa diguna, mesti
kucing akan berak.
Sebelum ni si Sky ni asyik merentan nak mengawan je! Sampai tak nak
makan, bulu gugur teruk. Lepas neuter, Si Sky dah behave, lagi manja.
Lepas ni bertambah sihat lah dia. Bulu pun dah stat tumbuh semula. Lepas
ni jadi abang sado balik lah dia!
Sumber:
www.aspca.org
Klinik Veterinar Muezza
www.aspca.org
Klinik Veterinar Muezza