Resepi Puding Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Puding Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap

Trending

Resepi Puding Sagu Gula Melaka Mudah Dan Sedap

Hi Korang! Harini kak bell fefelin buat dessert yang mudah dan simple untuk juadah berbuka iaitu Puding Sagu Gula Melaka. Senang je uols buat puding sagu gula melaka atau juga dikenali dengan Sagu Gula Melaka ni. Sesuai sangat untuk basahkan tekak dengan puding yang sejuk ni. Pasti meletop kalau korang hidangkan dengan versatile untuk minum petang!

Hiasan Daun Pandan Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan:
1 pek sagu
Santan kotak
Gula Melaka
Daun Pandan
Pewarna kesukaan
* kak bell guna pewarna sirap rose

Gula Melaka Nama Lainnya Gula Kabung

Untuk sagu ni kalau korang guna sagu putih bolehlah pilih apa-apa pewarna kesukaan korang. Guna sagu yang dah ada warna pun lagi senang. Terpulang kepada kesukaan masing-masing untuk memeriahkan lagi Puding Sagu Gula Melaka korang!


Cara Penyediaan Gula Melaka

1) Hancurkan gula melaka dan masak bersama daun pandan.
2) Masukkan sedikit sahaja air sebab nak dapatkan kuah yang likat. Boleh juga tambahkan gula pasir atau sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan. 
3) Masak hingga gula melaka hancur dan kacau 
4) Dah pekat, bolehlah angkat dan sejukkan

Masak Daun Pandan Dengan Gula Melaka

Gula Melaka Yang Telah Masak

Cara Penyediaan Sagu

1) Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan sagu. Air letak banyak utk elak sagu melekat.
2) Masukkan 1 or 2 sudu pewarna sirap rose tadi & kacau rata.
3) Masak sampai sagu kelihatan jernih dan boleh tambah air jika tertalu kering
4) Bila dah ok, angkat dan lalukan sagu bawah air paip untuk buang kanji.
5) Bolehlah masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk dalam peti ais.

Cara Penyediaan Kuah Santan Untuk Puding Sagu Gula Melaka

Untuk kuah santan, Kak Bell guna santan kotak je. Panaskan santan dalam periuk, masukkan daun pandan dan sedikit garam.

Ni cara kalau nak guna santan fresh
1) Masak santan, daun pandan, tepung jagung dan sedikit garam dengan api perlahan (bancuh dulu tepung jagung)
2) Kacau rata supaya santan tak berketul
3) Apabila santan dah pekat, angkat dan sejukkan.
* untuk kuah santan biarlah sedikit masin untuk balancekan rasa manis gula melaka.


Untuk hidangan ikut suka korang nak letak banyak mana gula melaka. Kemudian tuangkan susu cair atau kuah santan ke atas sagu. Dah pun siap senang ya rabbi nak sediakan Resepi Puding Sagu Gula Melaka! Selamat mencuba!

Sagu Berwarna

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post