Perkembangan Tumbesaran Kucing & Cara Tentukan Jantina Anak Kucing - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Perkembangan Tumbesaran Kucing & Cara Tentukan Jantina Anak Kucing

Trending

Perkembangan Tumbesaran Kucing & Cara Tentukan Jantina Anak Kucing

Perkembangan Tumbesaran Kucing & Cara Tentukan Jantina Anak Kucing | Hari ni nak kongsikan sedikit tentang kitten development atau proses anak kucing membesar. Ibu bapa si furries pasti gembira bila si comel ni dah beranak. So kena ambil tahulah serba sedikit tentang perkembangan anak kucing setelah induk kucing melahirkan.

kitty cat

Anak kucing yang baru lahir ni memang akan bergantung pada ibu kucing sepenuhnya untuk memberi makanan/menyusu. Waktu ni semua anak kucing dalam keadaan buta dan pekak. Anak kucing yang lahir dengan berat badan sekitar 100g. Kecik macam anak tikus je bila tengok! Waktu ni anak kucing akan menyusu dari ibunya dan tidur ajelah. Tali pusat pada nak kucing akan kering dan tanggal sendiri.

Semasa mula lahir kalau ibu muda yang tak pandai nak makan uri, boleh bantu potongkan tali pusat dengan berhati-hati.

kucing beranak

anak kucing


Minggu Pertama
Masa ni mata dan telinga anak kucing tertutup (folded), tak boleh berdiri, makan atau minum sendiri. Semuanya bergantung kepada ibu kucing. Jika tiada induk kucing/ibu, bottle feeding perlu diberi setiap 2 jam. Waktu ni masa kritikallah, sebab kematian anak kucing boleh terjadi kalau tak makan dan menyusu.

kucing baru lahir

kucing 1 minggu

Masa minggu pertama, deria bau & rasa, pendengaran dah mula develop. Telinga akan mula terbuka (unfolded) tapi mata masih tertutup. Anak kucing mulai boleh kenal bau ibu dan juga bau manusia. Waktu ni boleh tengok mereka akan bertindakbalas like hissing (macam marah) dengan bau selain ibunya.

Bagi baka shorthair, kitten akan mula buka mata dalam masa 5-8 hari dan longhair kitten ambil masa dalam 10-14 hari.

anak kucing tidur

Minggu Ke-2
Setelah 2 minggu kelahiran, mata anak kucing dan telinga anak kucing dah terbuka sepenuhnya. Anak kucing akan mula merangkak/bergerak. Masa ni jugak kitten akan duduk berkelompok untuk kekalkan suhu badan. Pada usia ni, semua mata anak kucing berwarna biru. Warna sebenar mata anak kucing akan berubah sepenuhnya setelah berusia 2 bulan.

anak kucing 2 bulan

Anak kucing dah mula berinteraksi dengan kitten yang lain dan akan bertindakbalas dengan bunyi dan juga bau yang tak dikenali. Bau kita lah tu!

Minggu ke-3
Pada 3 minggu kelahiran, korang dah boleh tengok samaada kitten korang jantan atau betina Korang pun dah mula boleh sediakan litter box dan makanan basah (wet food) untuk proses weaning untuk anak kucing. Lebih bagus mula dengan makanan basah. Btw, kucing kak bell teros je makan makanan solid food sebab memasing serbu bekas makanan je dah try nak asah gigi kan! Dalam minggu ni juga dah boleh nampak kitten dah pandai grooming dengan menjilat badan. Kene beware jugalah sebab dorang dah mula mencakar!

kucing tompok

kucing hitam

Cara Tentukan Jantina Anak Kucing

Untuk kitten sexing boleh rujuk gambar bawah ni. Ada 2 cara tentukan jantina anak kucing iaitu dari bentuk genitalia dan jarak antara anus dan alat genetilia.

Kucing betina/Female kitten
- Jarak anus dan genitalia dekat/pendek (closed)
- genitalia berbentuk vertikal

Kucing jantan/Male kitten
- Jarak anus & urinary track jauh/panjang (greater)
- genitalia berbentuk bulat

kucing jantan


Minggu ke-4
Anak meow dah mula bermain dan berlari dengan adik beradiknya, dan develop motor skill. Memang nakallah time ni! Dalam hari ke-20, anak kucing dah mula membuang najis dan kencing sendiri. Waktu ni dah boleh stat litter box training. Memula tu memang dorang akan berak merata. Just bersihkan tempat tersebut dengan bersih dan letak dorang dalam litter box untuk dorang kenal bau dulu. Pasti ok je dorang akan poo dan pee kt dalam litter box! So far kucing kak bell semua pandai poo & pee kat toilet dorang.

adik beradik kucing

Nota Tambahan
1) Selepas 14-17 hari kelahiran, telinga anak kucing akan terbuka & mula mendengar
2) Kitten akan mula mendengar sepenuhnya & respon terhadap bunyi sekitar hari yang ke-25
3) Pada hari ke-18, kitten dah mula buat langkah pertama untuk berjalan
4) Gigi sementara akan diganti dengan gigi kekal lebih kurang pada minggu ke-8
5) Anak kucing tidak berak dan kencing sendiri sehingga tempoh lebih kurang 23 hari selepas kelahiran. Ibu kucing akan menjilat genital area untuk merangsang proses urinating.


Kucing betina akan mencapai umur matang semass 6 ke 8 bulan namun ada juga yang matang awal dalam usia 3 bulan setengah. Kucing jantan pula normalnya akan matang bermula usia 10 ke 12 bulan. Ada juga yang akan matang awal semasa berusia 6 bulan.

Jika anda ingin mengembirikan kucing anda umur yang sesuai adalah semasa kucing anda berusia 4 ke 6 bulan. Disarankan untuk mengembiri kucing sebelum mencapai usia matang supaya hormon hormon yang berkaitan tidak akan mengubah fizikal dan tingkahlaku kucing anda.

Sedar tak sedar memang cepat je dorang ni membesar! Time ni lah dorang paling comel. But hati-hatilah sebab anak kucing ni masih tak dapat kawal cakar diorang. Memang calar balarlah jawabnya. Memasing dah stat nak memanjat sana-sini. Sampaikan kita ni pun macam cat tree dah! Just cherish the moment sebab waktu ni singkat je. Tengok2 dah jadi anak dara. So lainlah pulak ceritanya kan..
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post