Hi Korang! Semua orang nak bela kucing yang cantik dan gebu. Berebut-renut nak
kucing cantik kan! Kebiasaanya kucing baka Persian atau baka long hair yang
lain memang memerlukan penjagaan lebih untuk bulu mereka kekal cantik. Btw,
kucing Kak Bell baka mix DLH (domestic long hair) je. Jenuh jugaklah nak
memvakum dan mengemas sebab bulu banyak gugur. Jadi Kak Bell kongsikan beberapa Tips Penjagaan Bulu Kucing untuk semua penggemar kucing!
Diantara Masalah & Penyebab Berkaitan Bulu Kucing Gugur
1) Bulu kucing bergumpal tebal
2) Muntah bulu hairball yg kerap
3) Keguguran bulu yang melampau
4) Fungal atau Ringworm
5) Penularan kutu disebabkan bulu tebal yang bergumpal
Lion Cut Bagi Kucing Bermasalah Kulit & Bulu Gugur
Cik Lucy ni pernah kena fungal walaupun tak pernah keluar dan bercampur
dengan kucing outdoor. Rupanya memang genetik famili dia ada masalah ni.
Medicated shampoo yang vet bagi sangat kuat ibarat clorox kena kat
tangan kita (sebab tak pakai glove). Kesian sangat masa tu. So terpaksalah
buat lion cat dan alhamdullillah da sihat. Khidmat lion cut tu buat kat
rumah je sebab Pet Spa area iols ni tak nak amek kucing sakit. Over
sangat!! RM25 je buat lion cut ni. Nak tau PM kay! hihi.
'Lion Cut'
Waktu ni Cik Lucy kena kuarantin sebab takut berjangkit dengan yang lain.
Kesian jugaklah sebab dia jenis manja dan nak dibelai selalu. Untuk
masalah fungal yang sikit boleh je pakai krim Himalaya yang khas dan
natural untuk kucing. Tapi memang dorang tak suka sebab baunya kuat macam
bau rempah ratus gitu!
5 Tip Penjagaan Bulu Kucing
1.Bulu Cantik Bermula Daripada Kulit Cantik
Tak kiralah kucing anda baka apa sekali pun, untuk dapatkan bulu yang
cantik dan sihat, DIET dan nutisi yang sihat adalah sangat penting. Makanan
premium yang ada Omega 3 misalnya boleh membantu hasilkan kulit yang sihat,
dan semestinya bulu yang kuat dan bersinar.
2. Kulit Bebas Parasit (Kutu/Cacing)
2. Kulit Bebas Parasit (Kutu/Cacing)
Nak bulu cantik juga kena pastikan kucing kita bebas parasit luar dan dalam
badan. Kutu badan diluar menyebabkan bulu dan kulit tidak sihat dan bulu
senang gugur. Cacing di dalam usus yg banyak juga menganggu nutrisi yg
diserap badan, jadi kulit dan bulu akan kusam dan kering. Buat pemeriksaan
parasit dengan Vet korang, dan pastikan kucing anda dilindungi dengan Combo
Anti-Parasit (kutu, telur kutu, cacing, kutu telinga, heartworm, hama ).
3. Sikat dan Berus (Grooming)Kerapkan sikat dan berus kucing anda setiap hari atau sekurangnya 3x seminggu.
Sikat untuk elakkan bulu bergumpal, berus untuk bersihkan dasar kulit dari kulit
mati dan bantu peredaran darah untuk kulit yg sihat. Pastikan bulu disikat
dahulu, buang gumpalan sebelum mandikan mereka. Gumpalan bulu yang basah sangat
susah nak disikat dan dileraikan.
4. Shampu dan Perapi
5. Finishing Spray
4. Shampu dan Perapi
Mandikan kucing sekurangnya sekali seminggu, untuk bersihkan permukaan
kulit dan bulu. Gunakan shampu yang khas untuk kucing, bukan shampu manusia
kerana kandungan pH yang berbeza menyebabkan kulit kucing jadi kering, naik
radang atau allergy. Gunakan shampu dan perapi khas bagi kucing untuk tip penjagaan bulu kucing supaya:
-Melembutkan bulu dari akar dan kulit
-Kekalkan & menaikkan warna bulu
-Bulu lebih bersinar dan licin
-Selamat untuk anak-anak kucing di bawah 4 bulan
-Shampoo yg boleh bantu merawat masalah kulit fungus, kudis dan jangkitan
bakteria
-Shampoo dgn perapi 2 in 1, daripada bahan natural yang selamat untuk
kucing
Tips mandian terbaik pula pastikan korang bilas bersih bulu kucing selepas
shampu, kerana saki baki shampoo/sabun di badan yang tidak bersih boleh
kusamkan bulu mereka dan menyebabkan gatal/allergy pada kucing.
Spray pewangi selalunya diberikan last sekali sebelum blow kering kucing
korang. Berfungsi untuk jadikan bulu lebih licin berkilat dan juga
wangi!
Untuk ubat kutu kak bell gunakan brand Frontline Spot On atau Advantage
Cat. Ubat kutu ni ikut kesesuaian pada kucing korang lah. Selain tu, kak
bell gunakan Salmon Oil dari Ocean Kiss. Pakailah mana-mana produk pun asalkan
baik untuk kucing korang.
Semua 5 Tips Penjagaan Bulu Kucing atas ni senang sahaja nak buat sendiri di rumah tapi kena konsisten
dan rajin ajelah. Nak hantar grooming kat mana-mana kedai pet pun okay. Kalau
korang nak senang lagi, bela je Sphynx takde bulu! K bye.
Sumber:
Klinik Haiwan I-Vet Petcare