Resepi Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis (Coconut Milk Rice with Anchovies Sambal) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis (Coconut Milk Rice with Anchovies Sambal)

Trending

Resepi Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis (Coconut Milk Rice with Anchovies Sambal)

Hari ni kak bell nak share resepi nasi lemak dan sambal ikan bilis. Kebetulan ada kawan akak ni mengidam sangat suruh masakkan nasi lemak. Sampai sawan2 katanyer. Maaflah yer dah 2,3 kali postponed sebab tak berkesempatan nak buat. Sampai tertinggal daun pandai kat kedai tadi tau! Nasib baiklah ada tanam pokok pandan walaupun duduk kat tingkat 20. So petik ajelah yer. Apalagi dah tengah ada mood ni, satu periuk akak masakkan untuk korang!

Memang banyak resepi dan cara orang masak nasi lemak ni. Ada yang letak butter, bunga lawang & kayu manis dan juga serai. Tapi kak bell tak letak lah. Dah macam masak nasi minyak la pulak kan! Apa-apa pun terpulanglah asalkan sedap dan boleh ditelan. Yang paling penting sambal mesti power kan sebagai signature untuk nasi lemak yang sedap!


Bahan A
3 cawan beras (dibasuh dan toskan)
1 kotak santan (boleh tambah jika mahu)
2 cawan air
3 helai daun pandan
1 inci halia (dihiris)
2 biji bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih
Garam secukup rasa

Bahan B (untuk sambal)
2 cawan ikan bilis (basuh dan rendam sebentar)
15-20 tangkai cili kering (dikisar)
2 labu bawang besar (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 cawan air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak

Bahan C
5 biji telur direbus
Sebiji timun dihiris


Cara memasak:
1) Masukkan semua bahan A dalam periuk nasi dan masak sampai beras sebati dengan santan. Kalau rajin pakai santan segar. Kak bel guna santan kotak M&S je. Yang lain iols tak suka!
2) Bila nasi dah kering, kacau rata dan tutup semula periuk nasi dan keep warm sampai nasi masak **takkan nak ajor kot cara masak nasi! Pepandaila jangan sampai nasi korang mentah sudah.




Cara membuat sambal:
1) Gunakan sedikit minyak yang diguna untuk menggoreng sebahagian ikan bilis. Tumis semua bahan B yang dikisar sampai naik bau.
2) Masukkan air asam jawa, sedikit air dan ikan bilis. Biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.
3) Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan bolehlah di masukkan bawang besar yang dimayang tadi dan masak sehingga pecah minyak.



Dah siap semuanya, bolehlah diangkat dan dihidang. Korang tau, kawan akak semua makan 2 pinggan. Korang ghaser?? Sedap ke idokkk! Penangan santan sampai terlena dah memasing. Lite2 je pun resepi akak ni. Resepi korang mesti lagi meletup kan?
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post