Rawatan Scaling + Polishing Gigi Di Klinik Gigi Dentessence - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Rawatan Scaling + Polishing Gigi Di Klinik Gigi Dentessence

Trending

Rawatan Scaling + Polishing Gigi Di Klinik Gigi Dentessence

The tooth is the only part of the human body that can't repair itself.
Sebahagian besar dari kita pasti ada perasaan takut atau enggan ke klinik gigi untuk lakukan pemeriksaan gigi. Mungkin pengalaman menjalani proses rawatan gigi yang menyakitkan atau mungkin kerana doktor gigi yang kasar dan menakutkan juga faktor kos rawatan menjadi alasan. Jika ditanya, pasti akan ada jawapan yang tersendiri.



Tidak dinafikan, penjagaan gigi kurang diberi perhatian berbanding dengan penjagaan wajah dan tubuh badan. Asalkan wajah terletak cantik sudah dikira memadai. Penjagaan mulut yang baik bukan sekadar memberikan senyuman yang manis, sebaliknya mempunyai kaitan yang penting di antara kesihatan mulut dan juga kesihatan badan secara keseluruhan. Menurut statistik tahun 2015, hanya 32.7 peratus sahaja daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang mengamalkan rutin penjagaan mulut yang menyeluruh. Nampak tak betapa kurangnya kesedaran masyarakat kita dalam perkara berkaitan dengan penjagaan gigi.  

Kak Bell sendiri pun tidak kurangnya, sudah berpuluh tahun tidak mengunjungi klinik gigi untuk lakukan pemeriksaan gigi! Kali terakhir buat rawatan semasa belajar di UKM dahulu. Itupun disebabkan klinik gigi yang jaraknya sepelaung sahaja dari kolej kediaman. Bergolek turun bukit sahaja pun dah sampai ke klinik. Hehe. Ceritanya, baru-baru ni Kak Bell telah berkunjung ke Dentessence Dental Clinic yang terletak di Dataran Sunway, Kota Damansara untuk buat rawatan scaling dan polishing gigi. Setelah berpuluh tahun, tetap perasaan berdebar tu masih ada bila berjumpa dengan doktor gigi. Korang ada lami perasaan yang sama tak? Kenapalah gigi kita ni tak boleh sembuh dengan sendiri selepas berjuta-juta tahun berevolusi seperti seluruh tubuh badan kita kan?

Bersama Dr. Ahbirami

Sebelum Kak Bell bercerita tentang pengalaman di sana, cuba kira ada berapa jumlah batang gigi korang? Mesti masing-masing guna lidah mengira jumlah bilangan gigi memasing kan? Terdapat 2 jenis kegigian untuk setiap manusia iaitu kegigian susu (desidus) dan kegigian kekal. Seawal umur 6 bulan, gigi susu akan tumbuh seawal umur 6 tahun dan gigi kekal akan mula menggantikan gigi susu walaupun tidak rosak. Untuk pengetahuan korang, jumlah gigi susu bagi kanak-kanak adalah 20 batang gigi (10 atas-10 bawah). Manakala jumlah bilangan gigi kekal bagi orang dewasa adalah 32 (16 atas-16 bawah). Lazimnya, bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun. 

Pernah nampak kan masa di sekolah dulu?

Dentessence Dental Clinic ini telah beroperasi selama 10 tahun dan telah diambil alih oleh Dr. Ahbirami sejak 2 tahun yang lepas. Bekas graduan daripada Manipal University India ini cukup peramah dan mesra membuatkan perasaan takut pun hilang. Sepanjang pertemuan dengan doktor gigi, Dr. Ahbirami yang paling chill pernah Kak Bell jumpa. Memang selesa berbual dan bercerita dengan beliau. Saat melangkah masuk ke klinik, perasaan berdebar tu tak datang lagi. Tengok keadaan dan suasana klinik pun aman disamping ruang menunggu yang selesa. Setelah suai kenal dengan Dr. Ahbirami, Kak Bell terus ke bilik rawatan dan mula membuat pemeriksaan gigi. 


Sebelum rawatan, doktor akan memeriksa kondisi gigi dahulu dan ceritakan apa masalah pada gigi kita. So far, tiada kerosakan teruk pada keadaan gigi Kak Bell, cuma masalah gigi kacip atas yang dah terhakis dan masalah plak gigi sahaja. Terdapat 2 bilik rawatan di sini dan klinik gigi ini mempunyai 2 orang doktor untuk lakukan pemeriksaan gigi.

Bilik rawatan 1

Bilik rawatan 2

Rawatan cuci gigi atau scaling adalah bertujuan untuk mengeluarkan plak gigi dan tartar yang menjadi tempat bakteria membebaskan toksin yang menyebabkan keradangan pada tisu gusi dan gigi. Apabila karbohidrat dalam makanan dan minuman yang diambil tidak dibersihkan daripada gigi dengan kerap, ia menjadi pemangkin kepada bakteria penyebab kaviti gigi. Bakteria ini mampu membentuk plak seawal 20 minit selepas makan. Pembersihan atau memberus gigi merupakan proses standard bagi membersihkan permukaan gigi dan scaling merupakan proses pembersihan gigi yang lebih mendalam dan efektif bagi membuang plak pada gigi. Rawatan ini mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan juga pendarahan semula jadi.


Alat untuk proses pemutihan gigi

Scaling
Proses ini menggunakan ultrasonic scaler untuk buang plak dan tartar pada gigi dan water spray digunakan untuk membuang segala kekotoran. Semasa proses scaling, Kak Bell tak rasa sakit langsung, cuma hanya berasa nyilu di bahagian gigi kacip yang sedikit terhakis tadi. Korang semua tak perlu risau sebab semua kotoran tadi akan disedut oleh suction pipe yang dipegang oleh pembantu doktor. Cuma ada sedikit pendarahan normal dan ianya tidak berterusan. Tiada rasa darah di dalam mulut dan hanya sedikit sahaja debris yang keluar semasa berkumur selepas rawatan. Rawatan yang dibuat oleh Dr. Ahbirami memang tidak sakit langsung. Walaupun semuanya ok, hati Kak Bell ni tetap ada berdebar tetapi terkawal lah. Doktor pun sentiasa tanya samaada kita sakit ataupun tidak. So, korang tak perlulah risau. Jika korang terasa tak selesa atau sakit, bolehla beritahu pada beliau supaya proses pembersihan lebih menyeronokkan. Selesai scaling, memang terasa gigi licin sebab secara automatis lidah korang akan bermain-main dipermukaan gigi. Sampai hari ni pun, lidah Kak Bell ni masih menari-nari! Mesti korang akan rasa benda yang sama nanti selepas rawatan scaling.


Polishing
Proses polishing pula bertujuan untuk jadikan gigi lebih licin dan bersinar. Selepas polishing selesai, doktor akan letak prophy paste (Prophylaxis) yang mengandungi Sodium Fluoride untuk penjagaan enamel gigi. Terdapat pelbagai jenis perasa seperti pina colada, pudina coklat, vanila, kayu manis, bubblegum, oren vanila, strawberi dan sebagainya. Pada hari tu, doktor gunakan perasa bubblegum. Rasanya macam ubat gigi kanak-kanak. Sedap!


Sebelum proses polishing, Dr. Ahbirami juga telah betulkan semula sedikit tampalan lama pada gigi dan pada bahagian kacip yang terhakis tadi. Tampalan lama pada gigi Kak Bell menggunakan bahan amalgam yang berwarna hitam. Terus-terang, memang ada sedikit perasaan malu sebab orang akan nampak gigi hitam tu macam gigi rongak! Jadi tampalan tu digantikan dengan bahan resin komposit iaitu bahan tampalan berwarna gigi. Cuma bahagian gigi bawah sahaja masih gunakan amalgam sebab bahan ni memang kuat dan takut berkemungkinan gigi akan pecah. Kalau korang nak tahu, resin komposit ini harganya lebih mahal berbanding dengan tampalan amalgam. Selesai rawatan, memang Kak Bell dah tak rasa nyilu lagi pada bahagian gigi kacip tadi dan suka sangat sebab bahagian tampalan dah cantik.


Bersinar ke tidak? Yang hitam tu tampalan amalgam lama. Huhu

Selepas ni, Kak Bell nak buat rawatan pemutihan gigi pula. Btw, pemutihan gigi ni adalah prosedur pergigian kosmetik untuk mencerahkan pigmentasi dalam gigi. Pesanan doktor, cosmetic dental seperti crowning dan sebagainya memang tak sama dengan gigi asal kita. Oleh itu, memang kena ambil langkah perjagaan untuk jaga kesihatan gigi kita. Beliau menyarankan, guna berus gigi yang lembut (soft) bagi mengelakkan gigi dan gusi luka dan terhakis. Penggunaan berus yang lembut akan lebih optimum untuk bersihkan celah gigi. Boleh juga menggunakan flos gigi untuk membuang kekotoran yang terlekat di celah gigi dan berkumur gunakan bahan kumur seperti Oral-B atau Oradex (recommended). Sekarang ni, kalau nak luruskan gigi pun dah tak perlu nak gunakan braces. Alat tersebut dipanggil Aligners.

Selain itu juga, amat penting untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan gigi dari doktor gigi bertauliah. Mesti selidik dahulu, sebelum buat rawatan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Semua ni bagi mengelakkan penularan penyakit-penyakit lain seperti Hepatatis, HIV dan sebagainya jika tidak menggunakan alatan yang bersih dan polisi yang betul semasa rawatan dijalankan.


Kesihatan gigi merupakan sebahagian daripada kesihatan anggota badan kita. Gigi yang bersih dan sihat mencerminkan personaliti individu. Kadang kala, pasti kita akan berasa tidak selesa jika mulut berbau dan mesti sedikit sebanyak keyakinan diri akan menurun bila nak bercakap dengan orang lain kan. Oleh itu, penjagaan kesihatan gigi seharusnya bermula dari peringkat awal lagi. Memberus gigi dan berkumur menggunakan bahan kumur setiap kali selepas makan merupakan satu cara yang baik untuk menjaga kesihatan gigi kita tetapi ianya tidak memadai. Haruslah berjumpa doktor gigi pada setiap 6 bulan sekali bagi memastikan gigi kita benar-benar sihat dari sebarang kondisi penyakit.


Bagi yang nak menjalani rawatan gigi bolehlah berkunjung ke Dentessence Dental Clinic. Kak Bell jamin konsultasi dan perkhidmatan disini memang terbaik. Part paling best, korang boleh dapatkan potongan harga 10% kepada yang ingin menjalani rawatan scaling dan polishing disini. Caranya adalah dengan menunjukkan artikel atau link URL blog entri Kak Bell ni semasa mendaftar nanti. Dr. Ahbirami juga menyatakan akan panjangkan masa operasi kepada waktu malam untuk kesenangan pengunjung untuk menerima rawatan. Sekarang ni, tidur pun Kak Bell nak senyum tau! Hahaha. Apa lagi, nak gigi cantik tak? 


DENTESSENCE DENTAL CLINIC
MP 43-2 Jalan PJU 5/11,
Dataran Sunway, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor Drul Ehsan
Hubungi : 03-6140 7567

Waktu Operasi :
Isnin-Jumaat (9.00AM-6.00PM)
Sabtu (9.00AM-4.00PM)



























Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post