Resepi Sambal Hitam Pahang Mudah
Hi Korang! Esok dah masuk tahun baru 2018. Sekejap sahaja masa berlalu. Tahun 2017 merupakan tahun yang banyak dugaan juga, full of bittersweet moment macam kisah telenovela gitu. Ada bahagian yang bahagia dan ada juga bahagian yang menjadi pengalaman dan pelajaran. Bila part yang tak bahagia tu, memang buat diri rasa hendak menyerah kalah. Tak semuanya sempurna, betul kan? So, dalam masa-masa teruk tulah, kita usaha untuk masa depan yang lebih baik dan lebih bahagia. I'm learning to embrace it! Semoga tahun 2018 lebih baik, lebih gembira, lebih bermakna dan lebih wang! Apa resolusi tahun 2018 korang?
Ok, Khamis lepas menyinggah lagi ke pasar malam. Dalam mencari bahan-bahan dapur ternampak ada yang menjual buah belimbing buluh. Selalunya, memang tak ada dan susah nak cari buah belimbing buluh ni. Kebetulan dah ada, Kak Bell belilah sedikit untuk diguna dalam masakan. Teringat pula akan sambal hitam Pahang yang sedap dan kekononnya gigihlah nak cuba buat. Sambal hitam ni pun boleh tahan mahalnya sebab proses nak membuatnya memang memakan masa yang lama. Disebabkan dah teringin, Kak Bell pun cuba buat sambal hitam ni. Sebelum nak buat, Kak Bell tanya dulu dengan Kak Min yang memang menjual sambal hitam aslinya yang berasal dari Raub. Terima kasih atas perkongsian beliau. Tak lokek kongsikan cara.
Nak membuat sambal hitam Pahang ni memang perlukan kemahiran dan prosesnya juga bukan mudah. Bahan utamanya sudah tentulah belimbing buluh. Proses merebus belimbing buluh juga agak rumit dan memakan masa hingga berjam-jam. Belimbing buluh tadi akan direbus tanpa menggunakan air dan kalau ikut cara tradisi ianya akan dimasak dalam tin menggunakan kayu api. Kak Bell hanya beli sedikit buah belimbing tersebut dan gunakan dapur gas sahajalah untuk merebusnya. Menurut Kak Min, tekstur belimbing buluh, rasa & warna yang dimasak gunakan kayu api dan dapur gas adalah berbeza. Warna belimbing juga tak akan kelihatan hitam seperti dimasak secara tradisi. Sambal hitam ni juga boleh tahan lama sehingga 6 bulan tanpa bahan pengawet.
Kuantiti belimbing buluh terpulang pada masing-masing. Nanti masa merebus, jusnya akan keluar sendiri & kecut. Kena biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul-betul kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. Macam Kak Bell yang guna hanya beberapa biji buah belimbing tu, jadi cukup belimbing bertukar kepada warna coklat. Memang betul apa yang dikatakan, buah belimbing tu akan jadi hangit sebab sedikit! Sebenarnya, warna hitam sambal hitam tu bukanlah disebabkan oleh kicap! Tetapi adalah warna belimbing buluh yang dah dimasak lama sehingga hitam. Untuk resepi Kak Bell ni, memang Kak Bell tambahkan kicap dan tidaklah 'authentic'. Btw, untuk makan sendiri dan pertama kali mencuba jadi hasilnya boleh diterimalah kan. Hehe. Bagi yang nak cuba, terpulang nak guna cara yang mana. Ada kerajinan buatlah cara yang asli barulah power sambal hitam Pahang korang nanti.
Bahan-bahan:
20 biji belimbing buluh
20 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
1 cawan ikan bilis (dikopek)
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang merah
Sedikit kicap manis
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Nak Buat Sambal Hitam Pahang:
1) Tumbuk kasar cili api,ikan bilis dan bawang dan ketepikan*2) Cuci bersih buah belimbing dan rebus TANPA air atas api sederhana.
3) Tambah belimbing hitam yang dah siap direbus dan tumbuk sekali dengan bahan bertanda*
4) Panaskan minyak dan masukkan semua bahan tumbuk. Kacau rata hingga masak.
5) Masukkan garam, gula dan kicap dan sesuaikan rasa.
TIPS!
- Boleh gunakan/beli belimbing buluh yang dah siap di rebus
- Memadai hanya rebus sehingga belimbing bertukar warna coklat saja jika kuantiti buah belimbing buluh yang sedikit
- Rebus tanpa air dan sentias dikacau supaya periuk tidak hangit
- Boleh lebihkan bawang jika suka
Kalau korang gunakan periuk atau kuali biasa untuk merebus belimbing buluh tadi, eloklah guna kuali yang agak tebal atau gunakan periuk lama. Nak masak dalam tin atas dapur gas korang pun boleh. Ikutlah mana yang senang ye. Nanti sayang periuk korang tu jadi hina. Jadilah, untuk makan sensorang kat rumah kan. Yang penting Kak Bell dah cuba buat. So, sekarang Kak Bell dah paham dah kenapa sambal hitam ni mahal. Lepas ni, siapa makan sambal hitam duduk diam-diam jangan komplen tau! Nanti kalau ada masa, Kak Bell nak beli 2kg belimbing buluh, nak cuba buat cara yang asli pulak. Btw, mampu ke Kak Bell? Kay Bye.
Tags:
Recipes