Hi Korang! Kembali semula dalam segmen tajaan kecantikan. Macam siaran kat TV la pulak yer. Okay, semua orang nak cantik dan menawan kan? Sedia maklum, yang semua orang memang sukakan kecantikan baik bagi lelaki mahupun perempuan. Dan kita pasti akan rasa gembira bila seseorang puji kita cantik. Betul tak? We are attracted to beauty. Oleh itu, memang dah menjadi lumrah dan keinginan semula jadi pada manusia untuk kelihatan cantik untuk menarik perhatian. Lainlah, kalau dah memang keturunan genetik korang dah sedia cantik, tak perlu nak melabur bagai kan. Btw, nak cantik bukannya mudah, harus ada pelaburan dan usaha untuk kekal kelihatan cantik. Hari ni Kak Bell nak kongsikan tentang produk dari InnerShine. Pernah dengar kan? Jadi, apa kata kita melabur untuk keserian dalaman yang lebih menyerlah dengan InnerShine ® Pati Prun Dengan Camu Camu.
InnerShine ® mengesyorkan para wanita supaya melabur untuk kesejahteraan dan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan berseri. Tekanan hidup dalam kehidupan seharian, boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita yang menyebabkan berlakunya masalah penghadaman (poor digestion) dan kulit yang nampak lesu (tired skin).
InnerShine ® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan pati buah-buahan semula jadi yang diperkaya dengan Resistant Maltodextrin iaitu sejenis serat diet larut. Terdapat 3 bahan utama di dalam minuman ni iaitu Camu Camu, agen pencegah Maltodextrin dan prun California yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi bagi membantu menyihatkan badan dan kulit sambil memperbaiki sistem pencernaan dan nyahtoksin badan. Pati prun yang membantu mempertingkatkan pergerakan usus, juga membantu menyingkirkan toksin dari tubuh dan memulihkan kesihatan serta menggalakkan sistem penghadaman yang sihat, secara tidak langsung membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.
Kalau korang nak tahu, kerjasama terbaru InnerShine ® ialah kollaborasi bersama dua ikon kecantikan dan fesyen media sosial, Nita dan Umma, yang masing-masing menjual gincu cecair premium serta tudung. Sehingga 30 April ni, pengguna berpeluang mendapatkan sebotol InnerShine ® Pati Prun dengan Camu Camu 42gram, apabila korang membeli produk daripada Nita dan Umma bernilai lebih dari RM69. Tawaran ni terhad kepada 1,000 pelanggan pertama sahaja, jadi cepat mulakan pembelian secara dalam talian sekarang.
Bagi korang yang suka mengunjungi pusat membeli belah, InnerShine ® akan memberi ganjaran lebih tinggi bila korang membeli dua pek InnerShine ® Pati Prun dengan Camu Camu yang mengandungi 12 botol kerana korang bakal menerima pek minuman tenaga BRAND’S ® Ca’ya yang mengandungi 6 botol secara percuma! Sementara itu, pembelian pek InnerShine ® 6 botol atau 12 botol pula memberikan korang pulangan sebotol BRAND’S ® Ca’ya.
Rasa InnerShine ® Pati Prun dengan Camu Camu sedap dan tidaklah sangat masam. Manis-manis masam macam tu. Macam makan buah prun sahaja rasanya. InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu sebaiknya diambil pada setiap malam sebelum tidur kerana ia membolehkan tubuh anda untuk menyahtoksik dengan perlahan-lahan serta memulihkan kesihatan secara keseluruhan. Hasilnya, kulit tampak lebih muda dan berseri! Percayalah cakap Kak Tonn!
So, tak salah untuk kita melabur pada kesihatan dan kecantikan untuk diri kita sendiri, Yang cantik korang jugak kan! Kak Bell ada juga mendengar testimoni dari pengguna yang dah amalkan minuman kesihatan ni. Maklumbalas amat baik pada peningkatan kulit wajah dan juga kesihatan mata menjadikan InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu, memang berkesan sebagai minuman kecantikan. Lagi sedap kalau korang letak dalam fridge dulu sebelum minum, goncang botol dan minum serta merta selepas dibuka.
Untuk mendapatkan produk ni, korang boleh kunjungi farmasi Guardian dan Watsons terpilih seluruh negara sebelum promosi ini berakhir bulan depan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan BRAND’S atau layari Website dan juga InnerShine Club di Facebook. Jom cantik!
http://www.innershine.com.my/
https://www.facebook.com/innershineclub/
Talian Khidmat Pelanggan BRAND’S 1-300- 228-300