Resepi Bayam Masak Lemak Putih - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Bayam Masak Lemak Putih

Trending

Resepi Bayam Masak Lemak Putih

Hi korang! Kelmarin Kak Bell sangatlah sedih sebab terlibat dengan eksiden kereta semasa nak pergi kerja. Kejadian pulak semasa nak turun Bukit Damansara. Semuanya disebabkan salah kereta Avanza hijau yang masuk ke lane kanan tanpa berhati-hati. So, semua kereta kat lane kanan brek mengejut termasuklah Kak Bell. Btw, sempat brek kereta dan tak langgar kereta hadapan. Tapi bahagian belakang kena jugak sondol! 6 bijik kereta yer! Nasib baiklah tak cedera dan kereta jadi sandwich. Alhamdulillah. Siap urusan di bengkel kereta setelah seharian tak makan, gigihkan diri ke dapur untuk memasak. Walaupun sakit hati, kena makan jugak kan. Redha ajelah atas apa yang berlaku. Adalah hikmahnya kan. So, hasilnya, Kak Bell masak seperiuk nasi, Bayam Masak Lemak Putih dan juga Ayam Goreng Kunyit. Jom masak dan mencekik makan puas-puas. Hiks. 


Bahan-bahan:
Seikat bayam hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk
1 biji lada hijau/merah
2 biji cili api
6-10 ekor udang segar
Sedikit ikan bilis
1 cawan santan + sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam

Cara memasak:
1) Bersihkan bayam. Potong bayam dan asingkan batang dan daunnya. Tak payah asingkan pun takpe campak je semua pun ok.
2) Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan serai.
3) Kemudian masukkan udang, kacau sehingga wangi dan boleh masukkan 1 cawan air.
4) Masukkan santan dan biarkan mendidih. Sentiasa kacau untuk elak santan berketul.
5) Masukkan bayam, lada merah, cili api dan ikan bilis. Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana untuk elak bayam melecur. 
6) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Bila dah okey rasanya, matikan api dan siap disediakan.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post